Setiap Mommy pastinya mengimpikan si manja membesar dengan sihat, bijak, dan cerdas dalam setiap aspek kehidupan.
Selain kecerdasan intelektual dan fizikal, pembentukan sahsiah serta budi pekerti yang mulia turut memainkan peranan penting dalam perkembangan mereka.
Si manja yang memiliki nilai-nilai terpuji bukan sahaja menghormati orang lain, khususnya mereka yang lebih tua, malah si manja juga lebih berdikari dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian.
Sikap seperti memberi salam dengan sopan, membantu Mommy di rumah, serta menunjukkan daya kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu perkara adalah antara ciri-ciri anak yang serba boleh.
Selain didikan Mommy dan persekitaran yang positif, pemakanan yang seimbang juga memainkan peranan penting dalam menyokong perkembangan si manja.
Pemakanan yang mencukupi membantu mereka membesar dengan sihat, memiliki minda yang cerdas, serta tenaga yang cukup untuk meneroka dunia dengan penuh keyakinan.1