Similac® Intelli-Pro® diformulasikan dengan UVOB (Unique Vegetable Oil Blend) iaitu campuran minyak sayuran unik, DHA berserta 7 khasiat untuk membantu pembentukan minda dan perkembangan fizikal dan prebiotik yang membantu menyokong kesihatan usus serta memberi keselesaan perut.
UVOB merupakan satu campuran minyak sayuran unik yang terbukti secara saintifik dapat membantu penyerapan nutrien penting seperti lemak, DHA dan kalsium dengan lebih optimum1.
Selain itu, gabungan pelbagai nutrien penting lain seperti DHA, Omega 6 dan enam lagi khasiat penting untuk minda yang terkandung dalam Similac® Intelli-Pro® membantu pembentukan sel otak anak-anak.
Kolina merangsang memori dan daya tumpuan, manakala Zat Besi dan Asid Folik menyokong pembentukan sel darah merah dan sistem saraf2.
Tak cukup dengan itu, Similac® Intelli-Pro® juga mengandungi Taurina, Zink, dan Vitamin B123, yang kesemuanya memainkan peranan dalam pertumbuhan sel saraf yang sihat dan emosi yang lebih stabil.
Gabungan ini terbukti berkesan yang menunjukkan peningkatan dalam perkembangan kognitif4 si manja yang menerima DHA dan Kolina dalam diet mereka.
Manakala, prebiotik dalam formula ini berperanan memelihara mikrobiota usus5 si manja agar sistem penghadaman lebih efisien dan selesa.
Kombinasi prebiotik dan UVOB membantu mengurangkan risiko kembung dan masalah penghadaman, sekaligus menyokong rutin pemakanan yang lebih sihat dan stabil untuk si manja.