*Maklumat wajib

Maklumat peribadi

Ruang nama perlu diisi. Nombor dan tanda-tanda istimewa tidak dibenarkan.
Emel tidak wujud Ruang E-mel perlu diisi.

Nombor Telefon Bimbit

+60 Ruang nombor telefon perlu diisi. Nombor telefon tidak sah. Sila berikan nombor telefon dalam format '1112345678'.
 
Sila terima terma dan syarat.

Membesar Dengan Nutrisi Yang Tepat: Membina Kekuatan dan Keyakinan Anak Dari Awal

Banner
Banner
Banner
Tags:

Setiap hari, Mommy melihat anak membesar di depan mata bermula dengan langkah kecil pertama, telatah lucu yang membuatkan Mommy ketawa, hinggalah soalan-soalan ingin tahu yang tidak pernah putus setiap hari.

Dalam setiap detik kecil itu, tersemat harapan besar dalam hati para ibu dengan sebuah harapan, iaitu supaya anak membesar menjadi insan yang sihat tubuhnya, cerdas pemikirannya, dan baik budi pekertinya.

Namun, di sebalik senyuman dan gelak tawa mereka, tubuh kecil itu memerlukan sokongan yang besar seperti nutrisi yang optimum untuk membantu tubuh mereka kekal bertenaga, minda mereka terus fokus, dan hati mereka kekal ceria.

Kerana membesar bukan sekadar membina otot atau ketinggian semata-mata, tetapi juga membina keberanian, empati, dan keyakinan diri yang menjadi bekal untuk masa hadapan.

Di sinilah peranan Similac® Intelli-Pro®, yang dirumus khas untuk menyokong tumbesaran menyeluruh, membantu anak membina tubuh yang sihat, minda yang cerdas, dan hati yang penuh empati sejak awal lagi.

Dengan sokongan nutrisi ini, setiap detik dalam perjalanan mereka menjadi lebih bermakna dan penuh potensi.

Dari Fizikal ke Emosi: Menyokong Setiap Sudut Perkembangan Anak

Similac® Intelli-Pro® mengandungi UVOB (Unique Vegetable Oil Blend) iaitu campuran minyak sayuran unik yang membantu penyerapan nutrien penting secara optimum1 dalam tubuh anak-anak.

Penyerapan nutrisi yang baik memberi kesan langsung kepada pertumbuhan anak-anak dengan menjadikan tulang dan gigi lebih kuat, kekal sihat dan tubuh mereka sentiasa bertenaga untuk meneroka dunia sekeliling.

Saat anak pulang dari taman permainan dengan wajah yang bersinar gembira, sambil berkata, “Mommy, saya nak main lagi!”, saat itu Mommy tahu bahawa di sebalik senyuman manis itu, anak Mommy sedang membesar dengan sihat dan penuh tenaga hasil nutrisi yang menyokong perkembangan mereka.

Nutrisi yang mencukupi juga menjadi asas penting bagi perkembangan emosi dan kognitif kanak-kanak.

Bayangkan satu pagi, ketika Mommy sedang pakaikan baju untuk anak, tiba-tiba anak tersenyum manis dan sambil berkata, “Mommy cantiklah hari ni!”.

Hati Mommy pasti berbunga dan bukan semata-mata kerana pujian itu, tetapi kerana Mommy tahu, di sebalik kata-kata kecil itu dia sedang belajar memahami perasaan orang lain, menyedari emosi sekeliling, dan menghargai kasih sayang yang Mommy dan Daddy berikan setiap hari.

Begitu juga saat mereka memandang rak buku yang berselerak, lalu berkata, “Mommy, saya tolong susun ya.”. Kata-kata kecil itu membawa makna besar di mana ia menunjukkan bahawa mereka bukan sahaja faham situasi sekeliling, malah bersedia untuk bertindak secara bertanggungjawab.

Semua ini adalah tanda bahawa minda dan emosi mereka sedang berkembang dengan sihat, dan nutrisi yang optimum memainkan peranan penting dalam setiap langkah kemajuan kecil itu.

Similac® Intelli-Pro® juga mengandungi DHA2 serta tujuh nutrien penting tambahan seperti Omega-6, Kolina, Asid Folik, Taurina, Zink, Zat Besi dan Vitamin B12.

Setiap satunya berfungsi secara harmoni membantu membina sel saraf minda yang sihat, menyokong daya ingatan dan tumpuan, memperkukuh sistem imun, dan memastikan penghasilan sel darah merah yang mencukupi untuk membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Dengan tubuh yang sihat dan otak yang cerdas, anak bukan sahaja bersedia untuk belajar, malah juga untuk berkawan, bermain, dan berinteraksi dengan penuh keyakinan.

Similac® Intelli-Pro®, Menemani Setiap Langkah Pertumbuhan Anak

Setiap tegukan bukan sekadar memenuhi perut kecil mereka dengan nutrisi yang optimum, tetapi ia turut ‘mengisi’ hati dengan rasa empati, budi pekerti, dan kasih sayang yang tidak ternilai.

Dengan Similac® Intelli-Pro®, Mommy bukan sekadar memberi mereka tenaga untuk hari ini, tetapi juga membekalkan semangat dan kekuatan untuk hari-hari mendatang. 

Jadi, lengkapkan nutrisi harian anak-anak Mommy dengan Similac® Intelli-Pro® yang mengandungi UVOB yang membantu penyerapan nutrien penting, agar perkembangan fizikal dan minda mereka lebih optimum.

Mommy boleh mendapatkan Similac® Intelli-Pro® dari kedai-kedai berdekatan atau secara dalam talian di kedai rasminya di Shopee dan Lazada hari ini.

Dengan setiap cawan yang diminum, anak bukan sahaja mendapat nutrisi untuk tubuh yang sihat, tetapi juga sokongan untuk minda yang cerdas dan hati yang penuh keyakinan.

Rujukan:

  1. Nelson et. al. (1998), Leite et. al. (2013) & De Souza et. al. (2017)
  2. Weiser, M. J., Butt, C. M., & Mohajeri, M. H. (2016). Docosahexaenoic acid and cognition throughout the lifespan. Nutrients, 8(2), 99. https://doi.org/10.3390/nu8020099

MAL.2025.67431.SIM