Faktor Yang Mempengaruhi Tumbesaran
Berikut adalah beberapa faktor risiko yang mempengaruhi tumbesaran:
Isu Pemakanan 2
Kekurangan Nutrien 3
Keadaan Kesihatan 3
Beberapa Masalah Pemakanan Yang Biasa:
Kurang Selera
- Sangat aktif
- Mudah terganggu
- Lebih minat bermain daripada makan
Memilih Makan
- Tidak gemar mencuba makanan baru
- Tidak suka sesetengah makanan berdasarkan rasa, tekstur, bau & rupa
- Mungkin wujud masalah sensori lain
Panduan Umum Ketika Makanan:
Elakkan gangguan
Elakkan menggunakan makanan sebagai ganjaran
Berhenti memberinya makan selepas 20-30 minit
Sediakan jumlah sajian yang bersesuaian dengan umurnya
Sediakan 3 makanan & 2 snek untuk menggalakkan selera makan
Galakkan menyuap makanan sendiri & biarkan jika comot
Perkenalkan makanan baru setiap minggu
Galakkan kelakuan baik dan latih disiplin ketika makan
Rujukan:
1 Axelrod et al. Pediatric Enteral Nutrition. 2006
2 Kerzner et al. A Practical Approach to Classifying and Managing Feeding Difficulties. 2014
3 Katona & Katona-Apte. The Interaction between Nutrition & Infection. 2008
Impak Nutrisi Terhadap Ketinggian Kanak-kanak
Genetik memainkan peranan dalam menentukan ketinggian. Namun anak anda berpotensi untuk mencapai ketinggian pertengahan ibu bapa (di antara ketinggian anda dan pasangan), dan salah satu faktor penentu ialah nutrisi1.
Dalam 5 tahun pertama kehidupan, nutrisi mempengaruhi 80% tumbesaran manakala genetik hanya menyumbang 20%2. Oleh itu, amat penting untuk memastikan pemakanan yang lengkap dan seimbang untuk mencegah pembantutan atau kurang tumbesaran.
Beberapa kajian telah menyimpulkan beberapa hujah menarik untuk mencapai ketinggian optimum:
Kepentingan Sosial
Kajian terhadap mantan Presiden Amerika Syarikat menunjukkan mereka yang tinggi adalah lebih popular3. Calon yang lebih tinggi berjaya memenangi 67% undi popular4. Pakar psikologi mengatakan ini adalah kerana ramai yang menganggap lelaki yang lebih tinggi adalah lebih baik dalam menyediakan keperluan asas. Malah, dalam masyarakat, mereka yang tinggi dianggap pemimpin sejati, lebih dihormati, juga lebih berkarisma5.
Kejayaan Akademik dan Kerjaya
Kajian menunjukkan yang ketinggian sering dikaitkan dengan pencapaian akademik dan kerjaya yang lebih baik. Penyelidik dari University of Edinburgh di Scotland menemui hubung kait di antara IQ dan ketinggian, dalam 6000 subjek6. Mereka juga dikatakan mempunyai pendapatan lebih tinggi di tempat kerja, sama ada menerusi pelantikan ataupun peluang.
Prestasi Sukan
Walaupun ketinggian tidak menentukan kejayaan dalam sukan (ia bergantung kepada usaha dan masa yang diberikan), atlet yang lebih tinggi mempunyai peluang yang lebih baik. Pemain bola keranjang yang tinggi mampu melompat dan menghalang pemain lain dengan lebih baik. Pemain badminton yang tinggi pula boleh melihat ke seluruh pelosok gelanggang dan mempunyai hayunan raket yang lebih bertenaga. Perenang yang tinggi boleh membuat pusingan lebih pantas kerana saiz badan memberikan lebih kuasa dan jangkauan yang lebih jauh. Sama ada anak anda bercita-cita untuk beraksi di Olimpik atau tidak, ketinggian memainkan peranan dalam memberikan mereka keseronokan bersukan dan menjadi aktif.
Ketinggian optimum boleh dicapai dengan pemakanan yang betul. Pastikan anak anda membesar dengan nutrisi lengkap dan seimbang, terutamanya semasa lima tahun pertama kehidupan.
Rujukan:
1 Jelenkovic, A.et.al. Genetic and environmental influences on height from infancy to early adulthood: An individual-based pooled analysis of 45 twin cohorts. Dci. Rep. 6,28496; dol: 10.1038/srep28496 (2016).
2 https://www.scientificamerican.com/article/how-much-of-human-height/
3 https://www.psychologytoday.com/us/blog/caveman-politics/201210/it-s-weird-candidate-height-matters-in-elections
4 https://www.livescience.com/16590-height-choosing-political-leader.html
5 http://digitalcommons.spu.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1051&context=honorsprojects
6 https://link.springer.com/article/10.1007/s10519-014-9644-z
Discover our products
Related Articles
Choosing The Right Milk
- Main Image
-
- Title
- Kepentingan Memperolehi Nutrisi Susu Yang Tepat
- Short Description
-
4 Sebab untuk Memberikan Anak Anda Suplemen Tambahan Lengkap seperti PediaSure®
- Detail Page Path
Growth On Track
- Main Image
-
- Title
- Membesar di Landasan yang Betul
- Short Description
-
Kunjungi klinik yang diiktiraf IMFeD (senarai klinik di sini) dan rujuk doktor anda untuk mengukur, mengenal pasti, dan mengawasi tumbesaran anak anda.
- Detail Page Path
Formulation & Support
- Main Image
-
- Title
- Rumusan & Sokongan
- Short Description
-
Suplemen Pemakanan Lengkap & Seimbang PediaSure® TERBUKTI untuk Peningkatan Pertumbuhan dan sesuai untuk kanak-kanak yang aktif secara fizikal, yang memerlukan makanan ringan berkhasiat atau yang mangalami alahan laktosa.
- Detail Page Path